Pages

Sunday 15 September 2013

Kehidupan Seorang Mahasiswa

Apa yang menjadi masalah bagi seorang mahasiswa?? Zaman kini seringkali kami di perlekehkan kerana dikatakan mahasiswa ini hanyalah budak mentah yang tiada apa-apa pengalaman yang dapat membimbing manusia lain..Tpi itu tidak menjadi penghalang untuk memberi bimbingan kerana tak semua orang yang ada pengalaman itu pandai menyelesaikan masalah. Kadang2 perlukan bimbingan orang yang berilmu juga.
  
  Tingkah laku manusia yang susah menerima teguran memang pelik, bile ditegur sikit saja mesti ada hujah untuk menegakkn benang yg dh basah. Sifat macam nie yang harus dikikis dalam diri kita sebagai orang islam. Majukan diri dengan menerima teguran orang, jangan malu bile ditegur dan menegur. Bukan kite nak burukkan orang lain,tapi nak membentuk menjadi insan yang sempurna inshaAllah.. Keep smile always 😄😊😃 ^_^

Thursday 25 April 2013

Cinta sesama insan..

Cinta manusia memang perkara biasa,tiada yang pelik pun cinta antara manusia nie..
pasangan bahagia cinta
Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.
Tetapi ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha Ya ALLAH.
Ya ALLAH,walaupun beratku menanggung perpisahan ini, namun ke percaya akan janji dan ketentuan-MU adalah yang terbaik. Dan ENGKAU jadikan perpisahan itu sebagai satu cara kami dapat merepatkan hubungan dengan-MU. Jadikan lah kami sebagai orang2 yang beriman kepada-MU YA ALLAH..
Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.
InshaaAllah..Amin YA RABB... ^_^

Friday 12 April 2013

Lelaki Idaman???..=)


Setiap wanita mempunyai keinginan yang menggunung, namun keinginan yang terpenting adalah kehadiran lelaki idaman yang mampu melengkapkan hari-hari bersama, serta melengkapi segala kekurangan yang dia miliki..Malahan, lelaki yang mampu membimbingnya kearah yang lebih baik untuk menjadikannya seorang wanita solehah...


1. LELAKI YANG PRIHATIN
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang wanita cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya.
2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati wanita; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga.
Jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.
3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA
Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak .
Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tokey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.
4. LELAKI YANG BERHATI-HATI
Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan . Sebab… ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan.
Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..’pulun’ aje le…!!!


5. LELAKI YANG WANGI
Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini.
Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.
6. LELAKI YANG PEMURAH
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedutsuami.
Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.
7. LELAKI YANG TIDAK KISAH
Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu.
Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!
8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU
Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. sokongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga.
Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia.
9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN
Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya .
Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik.
Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk…lebih baik…beralah kan..
10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA
Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita .
Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok.
Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk “BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI” setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.
lelaki muslim

Monday 8 April 2013

Tutup Aurat vs Dedah Aurat....

Perkara ini sudah sebati dengan masyarakat dunia kini, pelbagai perspektif timbul tentang pendedahan aurat. Ada yang mengatakan "tak tutup aurat tak per, janji hati bersih", hal ini yang kena di kikis dari minda masyarakat..Sebab dah menjadi kewajipan bagi umat yang beragama islam untuk patuh kepada perintah Allah..Malahan ade juga yang berpendapat yang tertutup itu tak semestinya baik, dan tak semestinya yang dedah aurat tu jahat..Memang betol, tpi kalau dah tak tutup aurat tue kira dah jahat la, sebab berani langgar perintah Allah..Jadi,ini lah antara pendapat yang merosakkan minda umat islam kita hari ini, alangkah ruginya mereka yang menjadikan hal berikut sebagai panduan hidup...


Seperti perintah Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud :
 "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)..



Namun selain itu, hadis nabi juga ade menyebut :
Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

 


Alangkah indahnya apabila para wanita menutup aurat mereka kerana ianya menampakkan keayuan seorang wanita itu sendiri..Buat apa nak bermegah-megah dengan menayangkan tubuh sendiri??..Perkara itu lebih menarik minat lelaki untuk melakukan maksiat semata-mata...Tiada gunanya untuk kita melakukan perkara yang menjerumus kepada maksiat, ianya menjatuhkan maruah kita sahaja..Maka, hiasilah dirimu wahai wanita sekalian dengan keindahan iman dan takwa kepada Allah dengan melakukan perintahnya..Keayuan wanita itu lebih terserlah bila menutup aurat mereka, hiasilah dirimu dengan rahmat Allah sebelum masa kematianmu diambang pintu rumah mu... =)

Friday 5 April 2013

Remaja & cinta...

Dunia hari ini memang tidak boleh memisahkan soal cinta dengan remaja..memang sudah menjadi satu kewajipan bagi seorang manusia yang bergelar remaja..cinta merupakan satu perkara yang amat manis bila di rasai sendiri...namun jika tersalah erti,boleh merosakkan maruah kita..ada juga segelintir yang menganggap bahawa cinta itu lgi indah bile dirasai selepas nikah termasuk lah sye sndiri..memang tidak dinafikan,bahawa bercinta itu indah dan tak dapat diungkapkan dengan kata-kata, namun sejauh manakah nak di bandingkan dengan kecintaan kepada sang pencipta??...Dia lah yang menciptakan kita, sewajarnye kita mengutamakan kecintaan kepada yang maha kuasa...

Disaat bertemu dua mata tanpa ikatan, tenang hati bile melihat wajahnya yang mulus.. alangkah bahagianya hati bile dapat merasa dan menyentuhnya dgn cara yang halal dan diredhai....ianya menjadi impian bagi semua orang yang bergelar remaja  muslimin dan muslimat..namun remaja kini lebih terjerumus dgn jerat percintaan yang entah bagaimana dan pelbagai cara memikat hati seorng wanita...sehingga kita lupa dan alpa akan asal usul kita..beringatlah wahai remaja, percintaan itu indah,namun alangkah indahnya bile disirami percintaan itu dengan kemanisan iman..disusuli dengan tarbiyyah serta pengorbanan untuk melengkapkan antara jurang yang terpisah..






Biar perit menderita keseorangan ketika ini, jangan sampai perit menanggung derita serta dosa yang entah berapa banyak tak terhitung kita...BERCINTA SELEPAS NIKAH.....^_^

Thursday 4 April 2013

mujahadah diri...T_T

Assalamualaikum, dipermulaan ini saya mengucapkan syukur yg tak terhingga..oleh kerana impian untuk membuat blog sendiri tercapai...Alhamdulillah...

Bermujahadah bukan lah senang, namun ramai yg menganggap satu jalan mudah..Kerana diri kita ini sentiasa jahil dengan segala nikmat Allah S.W.T...Oleh sebab itu, kite memerlukan seorang teman untuk menjadi pendamping serta contoh ikutan bagi kita yg selalu lalai dan alpa ajar tidak membelok ketika berada di jalan yg lurus...Kita bukanlah komputer yg dapat menilai diri sendiri....Mari sama-sama kita mujahadah diri kita untuk memperbaiki ape yg rosak di dalam hati kita sendiri...wasalam...^_^