Pages

Monday 8 April 2013

Tutup Aurat vs Dedah Aurat....

Perkara ini sudah sebati dengan masyarakat dunia kini, pelbagai perspektif timbul tentang pendedahan aurat. Ada yang mengatakan "tak tutup aurat tak per, janji hati bersih", hal ini yang kena di kikis dari minda masyarakat..Sebab dah menjadi kewajipan bagi umat yang beragama islam untuk patuh kepada perintah Allah..Malahan ade juga yang berpendapat yang tertutup itu tak semestinya baik, dan tak semestinya yang dedah aurat tu jahat..Memang betol, tpi kalau dah tak tutup aurat tue kira dah jahat la, sebab berani langgar perintah Allah..Jadi,ini lah antara pendapat yang merosakkan minda umat islam kita hari ini, alangkah ruginya mereka yang menjadikan hal berikut sebagai panduan hidup...


Seperti perintah Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud :
 "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)..



Namun selain itu, hadis nabi juga ade menyebut :
Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

 


Alangkah indahnya apabila para wanita menutup aurat mereka kerana ianya menampakkan keayuan seorang wanita itu sendiri..Buat apa nak bermegah-megah dengan menayangkan tubuh sendiri??..Perkara itu lebih menarik minat lelaki untuk melakukan maksiat semata-mata...Tiada gunanya untuk kita melakukan perkara yang menjerumus kepada maksiat, ianya menjatuhkan maruah kita sahaja..Maka, hiasilah dirimu wahai wanita sekalian dengan keindahan iman dan takwa kepada Allah dengan melakukan perintahnya..Keayuan wanita itu lebih terserlah bila menutup aurat mereka, hiasilah dirimu dengan rahmat Allah sebelum masa kematianmu diambang pintu rumah mu... =)

No comments:

Post a Comment